[Online Masterclass]

Anda Nak Bisnes, Tapi Tak Tahu Produk Apa Yang Senang Jual Ketika PKP Ini?


Assalamualaikum. Saya Rahman Basri.

Saya mula bisnes online sejak tahun 2009 lagi. Sekarang sudah masuk tahun 2021. Bermaksud lebih 10 tahun dah berada dalam bidang bisnes online. 

Dalam tempoh 10 tahun ini saya telah mencuba bermacam-macam bisnes. Ada bisnes yang menguntungkan, dan ada bisnes menyebabkan saya kerugian beribu-ribu ringgit juga.

Lebih-lebih lagi pada tahun lepas, apabila pandemik melanda seluruh dunia, kebanyakan bisnes memang terkesan, termasuklah beberapa bisnes yang sedang saya jalankan.

Alhamdulillah, mujur selama ini saya ada kemahiran dalam bidang online marketing, jadi lebih mudah untuk adapt dengan perubahan baru. 

Dan apa yang saya perasan ialah jika nak mulakan apa-apa bisnes di musim pandemik ini, kita kena sangat berhati-hati dalam memilih produk. 

Tak semua produk mudah terjual ketika ini kerana prospek kini sangat berkira-kira dalam membeli produk secara online.

Saya lihat antara punca mengapa jualan salah satu bisnes yang saya dan partner jalankan melonjak lebih tinggi sepanjang PKP ini adalah kerana produk yang dijualkan adalah produk yang ada permintaan tinggi dan menjadi produk keperluan ramai terutamanya di musim pandemik ini.

InsyaAllah semuanya saya kongsikan dengan terperinci dalam program Online Masterclass bersama Rahman Basri.

 

Bagaimana Saya Mampu Uruskan Bisnes Online Sehingga Berjaya?

Diperingkat awal pembabitan saya dalam bisnes, semua kerja saya lakukan sendiri.

Kenapa? Sebab nak jimat duit. Tapi, selepas habis lebih puluhan ribu ringgit untuk belajar bisnes, saya faham & saya yakin, bukan semua kerja saya perlu buat sendiri.

Yang paling penting dalam bisnes adalah bagaimana kita membahagikan tugas. Dan menggunakan circle of networking business untuk menyelesaikan segala persoalan bisnes dengan cepat & tepat.

Di sinilah ramai peniaga yang terperangkap dalam bisnes masing-masing. Bisnes akan terhenti apabila mereka tidak berada dalam operasi bisnes tersebut.

Sedangkan apabila kita tahu strategi untuk AUTOMASIKAN bisnes, Insyaallah bisnes tersebut masih dapat berjalan walaupun kita tidak berada dalam operasi bisnes tu.

Kita sebagai pengurus bisnes perlu bijak menyerahkan tugas (leverage) supaya bisnes dapat diautomasikan.

Nanti saya akan kongsikan ilmu ini kepada anda dalam program Online Masterclass bersama Rahman Basri. 

Dan sebelum itu, bila cakap saja pasal nak mulakan bisnes, pasti banyak persoalan yang timbul kan.

  • Macamana nak pilih produk yang betul ketika ini?

    Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda mungkin dah cuba jual macam-macam produk. Jual baju, tapi orang tak nak beli. Nak jual produk kecantikan pun orang berkira-kira nak beli.

    Jangan risau, saya akan kongsikan 4 jenis produk yang boleh anda pilih untuk mulakan bisnes. Ilmu ini sangat penting untuk elakkan anda tersilap memilih produk yang bakal merugikan anda.

  • Saya tak ada modal yang besar. Boleh berjaya ke?

    Untuk mulakan bisnes secara online, anda boleh mulakan dengan berapa modal yang anda miliki sekarang ini. 

    Anda tidak perlu bermula sebagai founder produk. Anda boleh bermula sebagai ejen dengan keuntungan sehingga lebih 40% tanpa perlu menyimpan stok yang banyak di rumah anda.

  • Saya masih bekerja. Sesuai ke nak mula buat bisnes?

    Ya boleh sahaja.

    Ada ramai orang yang saya kenal yang masih lagi bekerja 9am-5pm, tapi masih mampu memperoleh pendapatan tambahan melalui bisnes online sehingga 4-5 angka sebulan.

Ramai yang tanya bagaimana nak mulakan bisnes online dan jana pendapatan, walaupun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini? 

Bagi membantu anda membuat pilihan yang tepat untuk memulakan bisnes online anda, saya jemput anda untuk sertai Program Online Masterclass.

Insyaallah. Semua persoalan tentang persediaan untuk memulakan bisnes dan mengembangkan bisnes akan terjawab dalam program ini!

Program Online Masterclass Bersama Rahman Basri

Bagaimana Program Online Masterclass Bersama Rahman Basri Ini Dijalankan?

  • Selepas anda mendaftar di dalam program ini, team akan menghubungi anda secara personal untuk urusan pendaftaran keahlian dan masukkan anda di dalam group bersama peserta yang lain.

Saya percaya, dengan adanya bimbingan secara personal dan berkumpulan, ianya akan lebih memudahkan proses pembelajaran dan pemahaman anda.

Anda juga boleh berinteraksi bersama ahli yang lain di dalam group.

  • Untuk jadikan program ini lebih praktikal & berkesan, anda akan diberikan tugasan (task) yang anda perlu complete kan dalam tempoh tertentu.

Sebagai contoh, objektif dalam tugasan pertama yang bakal diberikan kepada anda ialah untuk bantu anda kenalpasti apakah produk yang anda boleh mula jualkan. Jangan bimbang kerana produk-produk yang telah terbukti terjual dengan mudah juga telah pun disediakan untuk anda promosikan. Anda hanya perlu pilih mana-mana produk tersebut sahaja.

Bahan-bahan marketing seperti copywriting & gambar produk juga disediakan. Target fasa awal ialah untuk anda capai jualan 4 angka yang pertama.

  • Selepas anda selesai dengan tugasan tersebut, anda boleh teruskan dengan tugasan yang berikutnya.

Jadi ini secara tidak langsung akan membantu anda bertindak dengan lebih tersusun dan pantas.

Yang pastinya, setiap tugasan yang diberikan adalah bertujuan membantu anda memulakan bisnes dan capai target jualan anda dengan lebih mudah.

  • Anda jangan bimbang kerana setiap tugasan yang diberikan, ada panduan yang disediakan bagi menerangkan langkah demi langkah bagaimana untuk anda selesaikan tugasan tersebut.

Anda juga boleh belajar melalui siri kelas online mingguan secara live melalui zoom meeting.

Video recording untuk setiap siri kelas online juga disediakan bagi memudahkan rujukan anda dari semasa ke semasa.

  • Yang menariknya dalam program Online Masterclass ini, anda hanya perlu mengikuti setiap panduan yang disediakan dan menyiapkan 'tugasan' yang diberikan secara berkala. Insyaallah berjaya.

Bahkan jika anda mengalami kesukaran untuk selesaikan setiap tugasan tersebut, anda boleh terus bertanya di ruangan support group yang disediakan.

Apa Lagi Yang Anda Bakal Peroleh Dengan Menyertai Program Ini?

Berikut adalah antara keistimewaan lain yang anda bakal peroleh dengan menyertai program Online Masterclass Bersama Rahman Basri ini yang jarang anda peroleh melalui mana-mana program lain di luar sana:

  • Anda boleh sertai sesi Online Group Coaching yang akan diadakan sekurang-kurangnya seminggu sekali. Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, sesi ini akan dibuat secara online sahaja melalui aplikasi Zoom Cloud Meeting. Anda boleh mengikuti sesi ini dari rumah anda.
  • Ikuti siri online seminar secara percuma. Ini kerana dari semasa ke semasa, saya akan kendalikan sesi seminar online berkenaan tajuk yang berkaitan dengan bisnes online kepada public. Anda boleh belajar lebih banyak ilmu tambahan melalui online seminar ini.
  • Video tutorial step by step bagaimana untuk anda lakukan marketing secara online dengan lebih berkesan.
  • Keahlian sebagai ejen (distributor) secara percuma. Harga asal pendaftaran ahli ialah sebanyak RM90. Namun ianya percuma buat anda yang mendaftar ke program Online Masterclass ini.
  • Online Apps yang mengandungi pelbagai info berkenaan produk & panduan nutrisi. Ia menyenaraikan lebih 20 jenis produk yang anda boleh jualkan. Dan ia lengkap dengan maklumat asas dan harga produk. Melalui online apps ini juga anda boleh lakukan tempahan tanpa perlu menyimpan stok produk di rumah anda.
  • Group support di Telegram - Anda boleh mengajukan sebarang persoalan di ruangan support ini untuk memudahkan saya dan team membantu anda.

Kenapa Anda Perlu Sertai Program Online Masterclass Ini?

Untuk berjaya lebih pantas, kita mesti ada mentor atau cikgu yang sudah berjaya dalam bidang bisnes yang kita ceburi.

Kalau buat bisnes catering, kita mesti ada mentor yang betul-betul dah berjaya dalam bisnes catering. 

Kalau mentor kita boleh buat sales RM100k sebulan. Kita pun boleh buat. Jika mentor kita hanya pandai buat sales RM1000 sebulan. Inilah sales yang bakal kita dapat. 

Saya pernah mengusahakan beberapa jenis bisnes. Tapi kebanyakan bisnes ini saya mulakan tanpa mentor. 

Bukan sebab bisnes-bisnes ni tak boleh pegi lebih jauh. Ramai je yang jadi jutawan dari bisnes tersebut. Tapi sebab tiada siapa yang ajar saya, tiada siapa yang tunjukkan jalan untuk berjaya dalam bisnes tersebut. 

Jadi saya terpaksa give up dan tutup bisnes tersebut. 

Kemudian, saya & partner memulakan bisnes baru. Mentor kami adalah seorang yang sudah berjaya mengekalkan jualan RM1 juta sebulan.

Dengan bimbingan beliau di tambah dengan ilmu online marketing yang kami belajar sejak dari tahun 2010, memberikan sales lebih RM700k - RM1juta sebulan. 

Jadi, nak berjaya buat sales beratus ribu sebulan & insyaallah sehingga berjuta sales sebulan mesti ada mentor yang dah berjaya yang sanggup ajar kita selok belok bisnes yang sama. 

Dengan adanya sokongan & tunjuk ajar dari Mentor yang dah berjaya, kita dapat kurangkan kerugian & proses belajar jadi lebih cepat.

Jika tahun lepas, jualan sebulan sekitar RM300k untuk bisnes yang saya dan partner jalankan.

Masuk tahun 2021, walaupun ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilanjutkan, sales makin melonjak mencecah lebih RM500,000 - RM1juta sebulan!

Di kala banyak bisnes lain tengah down, permintaan terhadap produk yang kami jualkan tetap meningkat pada ketika ini.

Inilah penangannya bila...

  • Kita buat bisnes produk keperluan HIGH DEMAND.
  • Produk ada repeat sales yang tinggi setiap bulan.
  • Ada lebih 20 jenis produk keperluan yang boleh dipromosikan.
  • Harga produk jauh lebih rendah berbanding dengan pesaing yang lain.
  • Kualiti produk antara yang terbaik di dunia.
  • Dan adanya mentor yang betul dan telah berjaya!

Anda juga berpeluang untuk promosikan produk ini di dalam program Online Masterclass Bersama Rahman Basri. Jadi anda boleh terus bermula selepas pendaftaran anda disahkan!

Sangat penting adanya mentor yang boleh guide kita sampai berjaya.

Penafian: Ini bukan satu jaminan bahawa anda juga akan dapat jualan yang sama seperti di atas. Ia sangat bergantung kepada usaha gigih kita dan rezeki masing-masing ya.

Tunggu Dulu, Program Ini Tidak Sesuai Untuk 2 Golongan Ini!

Mintak maaf banyak-banyak. Saya terpaksa berterus terang! Program ini bukanlah sesuai untuk semua orang. Ada segelintir yang memang tidak sesuai untuk menyertai program ini.

Cuba check. Adakah anda dalam kategori orang yang tidak sesuai untuk mendaftar di program ini?

  • Orang Yang Rasa Dah Pandai & Tak Suka Belajar Dari Orang Lain

    Ilmunya mantul nanti jika anda tak bersedia nak belajar & terasa diri lebih banyak ilmu.

    Orang bisnes mesti fikir macam ni >> Ilmu yang aku ada tak penting! Itu memang aku dah tahu. Yang paling penting berapa banyak ilmu orang lain yang boleh aku ambik. Boleh aku belajar!

    Rugi sahaja sertai program ini tapi tak guna langsung ilmu yang saya ajarkan. Padahal semua yang ajar ni adalah yang saya praktikkan dalam bisnes saya.

  • Orang Yang Sudah Ada Banyak Bisnes & Sudah Berjaya Jutawan

    Jika anda sudah lama menjalankan bisnes, mempunyai banyak bisnes & aset, program ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

arrow

Well Done!! Jika anda Bukan dari Golongan Di Atas, Maka Anda BOLEH Untuk Menyertai Program ini!


Baiklah. Saya tahu anda sudah tidak sabar untuk mulakan bisnes online! 

Untuk mahir ilmu bisnes ini, saya sudah melaburkan puluhan ribu ringgit demi untuk menuntut ilmu-ilmu berharga yang saya nak kongsikan dengan anda semua.

Berapa Yuran Untuk Menyertai Program Ini?

Untuk bantu lebih ramai yang berjaya jana pendapatan melalui bisnes secara online pada tahun 2021 ini.

Justeru saya ada tawaran istimewa untuk anda yang mendaftar hari ini.

Anda hanya perlu bayar serendah RM499 RM199 untuk program Online Masterclass bersama Rahman Basri selama setahun ini.

Ya, hanya serendah RM199 sahaja. 

Saya mula join bisnes ini sejak September 2020, sebabnya waktu PKP terkurung tak tahu nak buat apa. Tergerak nak belajar bisnes online.

Saya bersama team berjaya hasilkan jualan sebanyak RM104,287.82.

Rizuin Mazlan
Rizuin Mazlan Ex Vice Presiden Multinational Bank

Walaupun saya masih bekerja sebagai kerani di pusat kesihatan, Alhamdulillah lepas mengikuti program ini, jumlah jualan produk yang saya dan team berjaya hasilkan dah mencecah RM277,407!

Amy Hamidah
Amy Hamidah Kerani, Klinik Kesihatan

Sebelum ni saya ada butik di Bangi Gateway, tapi terpaksa tutup sebab covid. Butik tak boleh buka, tapi kena bayar sewa. Jadi Kak Za teruskan online saja.

Join program bisnes ini sejak Sept 2020. Mula kenal sebab tengah cari kelas marketing.

Alhamdulillah sejak Sept 2020 hingga kini dah setahun bersama bisnes ini dengan sangat gembira. Dapat bantu ramai yang memerlukan untuk sihat badan dan kewangan. Sales pun cecah lebih RM150,000!

Zaharah osman
Zaharah osman Bekas Usahawan Butik

Tunggu Dulu. Ada Bonus Istimewa Buat Anda!

Rasa tak best pulak kalau saya tak bagi sesuatu kepada anda yang serius nak menyertai program ni. Jadi , sebagai tanda penghargaan kepada anda yang serius bangat tu..

Saya hadiahkan dengan 10 bonus istimewa untuk anda yang mendaftar hari ini!

BONUS EKSKLUSIF #1
ATTRACTIVE MARKETING

  • Di dalam modul ini, saya akan kongsikan kepada anda bagaimana strategi untuk anda dapatkan lebih ramai pelanggan 10X lebih pantas daripada biasa.
  • Strategi ini sebenarnya masih ramai usahawan tidak tahu yang menyebabkan mereka hanya bergantung sepenuhnya terhadap kaedah konventional seperti whatsapp 100 name list untuk perkenalkan produk.
  • Ketahui juga berkenaan 4 formula yang terbukti berkesan untuk anda kembangkan bisnes anda.
  • CASESTUDY bagaimana hasilkan jualan hingga RM1juta sebulan. Kajian kes ini jarang saya dedahkan kepada umum. Insyaallah anda akan nampak potensi bagaimana bisnes yang anda jalankan dapat hasilkan jualan sehingga RM1 juta sebulan.

BONUS EKSKLUSIF #2
FACEBOOK ADS ADVANCED

  • Facebook Ads adalah salah satu tools yang anda boleh gunakan untuk dapatkan reach yang lebih tinggi kepada sasaran pelanggan anda dengan masa yang singkat.
  • Dengan menyertai program Online Masterclass ini, anda juga bakal belajar strategi terkini dan advanced berkenaan bagaimana menarik lebih ramai pelanggan berkualiti untuk membeli produk yang anda tawarkan.
  • Untuk belajar strategi Facebook Ads ini, biasanya yuran kelas-kelas advanced di luar sana sudah mencecah ratusan ke ribuan ringgit!
  • Jika anda nak jimat duit daripada menyertai kelas-kelas mahal di luar sana, anda boleh sertai Online Masterclass hari ini kerana modul ini juga akan diajarkan secara percuma kepada semua peserta!

BONUS EKSKLUSIF #3
PERSONAL BRANDING

  • Personal branding adalah satu elemen yang sangat penting untuk bantu anda sustain dengan lebih lama di pasaran.
  • Di dalam modul ini anda akan belajar bagaimana menggunakan sosial media untuk membina personal branding yang berkesan bagi menarik lebih ramai pelanggan yang berkualiti kelak.

BONUS EKSKLUSIF #4
POWER PRESENTATION

  • Skill 'presentation' yang bagus akan bantu anda untuk meyakinkan prospek membeli daripada anda.
  • Di dalam modul ini anda akan belajar template mudah jika berdepan dengan bakal pelanggan. Ia merangkumi bagaimana cara anda menerangkan info pasal produk kepada pelanggan dan juga bagaimana meyakinkan mereka untuk membeli daripada anda.
  • Jika anda memahami template presentation ini, Insyaallah anda lebih mudah untuk berdepan dengan pelanggan sama ada secara online mahupun online.

BONUS EKSKLUSIF #5
COPYWRITING MASTERY

  • Di dalam modul ini anda akan belajar step by step bagaimana untuk membina copywriting dengan kaedah yang lebih simple dan proven untuk mempromosikan produk anda melalui social media.
  • Anda juga akan belajar beberapa contoh teknik penulisan iklan yang saya selalu gunakan dalam kebanyakan kempen Facebook ads yang saya kendalikan. Insyaallah anda lebih mudah faham kerana ada contoh praktikal.
  • Anda bakal pelajari formula penulisan copywriting yang mesra Facebook / Instagram ads. Ini akan memudahkan anda untuk hasilkan iklan-iklan yang lebih mudah di 'approve' oleh Facebook ads.
  • Jika sebelum ini anda pernah belajar teknik copywriting yang agak complicated, anda akan gembira selepas belajar method copywriting yang saya ajarkan dalam modul ini. Sangat mudah untuk anda apply terus!

BONUS EKSKLUSIF #6
ZERO COST MARKETING

  • Di dalam modul ini anda akan belajar teknik marketing secara percuma yang berkesan. Teknik ini akan bantu anda dapatkan pelawat dengan mudah melalui sosial media secara percuma setiap hari.
  • Teknik zero cost ini adalah sesuai buat anda yang baru sahaja nak mulakan bisnes secara online yang mungkin mempunyai kekangan dari segi budget untuk menggunakan teknik pemasaran berbayar seperti Facebook ads.
  • Antara perkara penting yang saya dedahkan di dalam modul ini ialah strategi bagaimana anda boleh menjual tanpa orang lain perasan anda sedang menjual (selling without selling) di sosial media anda.
  • Percayalah jika anda dapat kuasai teknik ini, anda sudah boleh jimat banyak wang anda dengan menggunakan zero cost marketing ini!

BONUS EKSKLUSIF #7
SENI CLOSING ADVANCED

  • Saya akan tunjukkan bagaimana anda boleh lakukan proses close sale untuk produk anda. Ia merangkumi strategi yang betul untuk anda engage dengan prospek atau pelanggan anda supaya mereka lebih suka membeli melalui anda berbanding pesaing yang lain.
  • Ia merangkumi strategi follow up dan bagaimana anda menguruskan database pelanggan anda dengan lebih tersusun dan efektif.
  • Contoh-contoh ayat copywriting, skrip follow up dan close sale akan ditunjukkan yang anda boleh jadikan rujukan. Anda boleh ubah suai mengikut kreativiti anda & terus buat profit.
  • Percayalah jika anda dapat kuasai teknik ini, anda lebih mudah closing prospek anda untuk membeli produk yang anda tawarkan kepada mereka.

BONUS EKSKLUSIF #8
SUPER AFFILIATE MARKETING

  • Ini adalah sebagai modul istimewa di dalam program Online Masterclass ini kerana ia sebagai salah satu cabang bagaimana untuk dapatkan FAST CASH melalui program ini.
  • Nanti anda akan diberikan beberapa link khas yang anda boleh promosikan untuk anda closing prospek secara automatik.
  • Sistem affiliate yang disediakan akan bantu anda menguruskan proses follow up kepada pelanggan anda dan semua rekod tempahan akan diuruskan secara automatik di dalam sistem..

BONUS EKSKLUSIF #9
STRATEGI 'LIVE' MARKETING

  • Teknik LIVE Marketing ini adalah antara teknik yang terbaru yang sangat berkesan untuk tingkatkan engagement dengan prospek secara 'instant'.
  • Anda boleh terus berinteraksi bersama dengan pelanggan anda, jadi ini akan memberikan peluang untuk mereka lebih trust dengan anda.
  • KNOW, LIKE, TRUST - Ini adalah formula asas jika nak mudah menjual di internet. Jadi dengan strategi LIVE Marketing, anda akan lebih mudah capai 3 perkara ini.
  • Di dalam modul ini anda akan belajar bagaimana anda boleh kendalikan program LIVE anda sendiri sama ada melalui Facebook Live ataupun Instagram Live.
  • Struktur bagaimana program tersebut dijalankan akan dikongsikan dengan terperinci di dalam modul ini!

BONUS EKSKLUSIF #10
PRODUK BERNILAI LEBIH RM100+ DIBERIKAN SECARA PERCUMA

  • Ya, bagi yang mendaftar ke program Online Masterclass ini, anda bakal terima beberapa best selling product yang bernilai lebih RM100.
  • Anda boleh gunakan produk ini terlebih dahulu untuk lihat keberkesannya kepada anda, then nanti baru anda lebih yakin untuk promosikan produk ini kan.

Ya semua modul di atas akan diberikan sebagai bonus buat anda yang mendaftar ke program ini.

Biasanya jika anda nak belajar setiap modul di atas daripada mana-mana trainer di luar sana, anda perlu bayar trainer tersebut beratus bahkan ada yang mengenakan caj yuran sehingga beribu ringgit.

Jadi, jangan sampai terlepas peluang untuk menyertai program Online Masterclass bersama Rahman Basri dan dapat bonus-bonus istimewa ini.

Jangan Bertangguh. Sertai Program Ini Sekarang!

Saya labur lebih ribuan ringgit untuk semua ilmu yang bakal anda miliki ini.

Dan saya dah luangkan lebih 10 tahun untuk belajar & rasai semua pengalaman bisnes ini. Ini peluang anda untuk mempercepatkan kejayaan anda!

Anda hanya perlu labur RM199 sahaja untuk mendaftar ke program ini.

Ya betul! 

Harga sekarang memang tak masuk akal. 

Daftar program ini sebelum harga di naikkan lagi. Buat bayaran sebanyak RM199 dan lengkapkan maklumat tempahan anda di bawah:

arrow

Hari ini, Pelaburan Anda Cuma RM199!

Daftar sekarang, kerana harga akan naik RM499 pada bila-bila masa!

Jika anda ada sebarang kesulitan untuk mengisi borang tempahan di atas, sila whatsapp ke:

019-460 5610

(Daftar sekarang sebelum harga dinaikkan!)